Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – PUAN MAZNAH BINTI AWANG KECHIK

USAHAWAN KEDAI MAKAN

NAMA :MAZNAH BINTI AWANG KECHIK

UMUR :70 tahun

AHLI  :11/08/2016

LATAR BELAKANG

 

Puan Maznah  merupakan seorang peniaga kedai makan yang dikenali di Kampung Bukit Ibam yang kini sudah boleh kita gelar sebagai usahawan dalam pemakanan. Beliau juga mengambil tempahan katering di sekitar tempat tinggal beliau.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

 

Puan Maznah mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan sejak 20 tahun lalu untuk menyara keluarga dan mencari pendaptan keluarga. Beliau berminat dalam bidang perniagaan sejakkecillagi terutamanya dalam bidangmasakan kerana beliau dibesarkan dari keluarga yang mengusahakan perniagaan. Beliau juga turut melibatkan diri dalam Pertubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

 

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

 

Selepas penglibatan beliau di PI, beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PI dan sering memberi kerjasama dengan memeriahkan lagi setiap program yang dibuat oleh PI. Bukan itu sahaja, Puan Maznah sering promosikan perkhidmatan katering beliau kepada kami dan kami sering mengambil tempahan darinya dalam setiap program yang kami lakukan. Bahkan boleh menambahkan lagi pendapatan bulanan/harian beliau.