KELAS ICT – SEPTEMBER 2019

Laporan Aktiviti | 15 October 2019

 

TARIKH         : 7,8,20,21,22,23,28 SEPTEMBER 2019

MASA            : 14 JAM

TEMPAT         : PI BUKIT IBAM

PESERTA       : 45 ORANG

 

TUJUAN

Tujuan Kelas ICT di jalankan di Pusat Internet ialah memberi pendedahan kepada peserta kelas komputer tersebut tentang kemahiran dan teknologi komputer serta penggunaan internet. Selain itu, Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan serta Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan dan juga meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang  dijalankan di PI.

 

AKTIVITI

Aktiviti Kelas Asas Microsoft Office seperti Ms Word ialah menaip jawapan soalan Bahasa Melayu yang diberikan oleh petugas untuk membiasakan pelajar mahir dan mengenal setiap fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam Ms word tersebut. Selain itu, Kelas Asas Ms Powerpoint pula, memberi pendedahan kepada pelajar untuk membuat slide show untuk sesuatu kerja sekolah mereka contohnya dari segi menaip tulisan, gambar dan fungsi-fungsi Animasi dan transtasi. Bukan itu sahaja, Kelas Asas Publisher juga memberi ilmu kepada pelajar & usahawan untuk membuat rekaan untuk mempromosikan produk atau kerja kursus mereka.

Bukan itu sahaja, mereka juga menghadiri Kelas e-pembelajaran melalui permainan pendidikan. Setelah itu, bagi latihan menaip, peserta membuat Typing Race. Pada penghujung kelas, peserta membuat hebahan di My Komuniti.

GAMBAR DISINI