TARIKH : 1,2,3,9,10,16 & 17 Februari 2019
MASA : 16 JAM
TEMPAT : PI BUKIT IBAM
PESERTA : 38
TUJUAN
Tujuan Kelas ICT di jalankan di Pusat Internet ialah memberi pendedahan kepada peserta kelas komputer tersebut tentang kemahiran dan teknologi komputer serta penggunaan internet. Selain itu, Kelas Asas Movie Maker juga ada untuk meningkatkan taraf celik IT dalam kalangan masyarakat setempat khususnya di kawasan luar bandar.
AKTIVITI
Aktiviti Kelas Asas Microsoft Office seperti Ms Word ialah menaip jawapan soalan Bahasa Melayu yang diberikan oleh petugas untuk membiasakan pelajar mahir dan mengenal setiap fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam Ms word tersebut. Selain itu, Kelas Asas Ms Powerpoint pula, memberi pendedahan kepada pelajar untuk membuat slide show untuk sesuatu kerja sekolah mereka contohnya dari segi menaip tulisan, gambar dan fungsi-fungsi Animasi dan transtasi. Bukan itu sahaja, Kelas Asas Publisher juga memberi ilmu kepada pelajar & usahawan untuk membuat rekaan untuk mempromosikan produk atau kerja kursus mereka.
Dan mereka juga di dedahkan dengan kelas video yang menggunakan software Movie Maker. Dengan itu, memberi ilmu kepada kepada perserta untuk membuat video. Selain itu, mereka juga mempelajari teknik Origami Membuat hiasan menggunakan kertas atau sebagainya dengan menonton video cara membuatnya di You Tube. Dengan adanya kemahiran ini, peserta boleh mencari pendapatan sampingan dengan membuka tempahan kepada komuniti yang ingin menempah.