mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – PUAN NORAISAH ABDUL MANAN

USAHAWAN SPA KECANTIKKAN & KESIHATAN

NAMA :Noraisah Abdul Manan

UMUR :41 tahun

AHLI  :12/05/2016

LATAR BELAKANG

 

Puan Noraisah merupakan seorang surirumah. Namun, dalam masa yang sama, beliau turut berniaga kecil-kecilan. Beliau membuka spa kecil di Bukit Ibam dan turut menjual barangan kesihatan dan sedikit aksesori wanita seperti kerongsang.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

 

Puan Noraisah merupakan seorang ibu, surirumah dan usahawan yang boleh dikategorikan sebagai berjaya. Walaupun sering terlibat dengan akviti yang diadakan oleh JKKK Bukit Ibam, beliau turut sama aktif di Pi Bukit Ibam. Penyertaan beliau dalam program Pi begitu memberangsangkan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

 

Selepas Puan Noraisah menjadi ahli Pusat Internet Bukit Ibam, beliau sering berkunjung ke Pi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Semasa salah satu program Dashboard Komuniti yang Pi Bukit Ibam jalankan, beliau telah diperkenalkan dengan My Shop sebagai salah satu platform untuk mempromosikan barang jualan. Setelah itu, banyak produk dan perkhidmatan yang beliau tawarkan diletakkan di My Shop. Beliau juga kerap datang ke Pi untuk membuat pemeriksaan tekanan darah menggunakan iHealth.