mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – PUAN WAN NORMAH WAN ABU BAKAR

 

USAHAWAN KECIL KUIH TRADISIONAL

NAMA :Wan Normah Binti Wan Abu Bakar

UMUR :52 tahun

AHLI  :07/01/2015

LATAR BELAKANG

 

Puan Wan Normah atau dipanggil Chik Wok di Kampung Bukit Ibam  merupakan seorang yang aktif mengambil tempahan/membuat kuih muih untuk berniaga di gerai setiap hari. Kuih-muih yang menjadi tarikan penduduk setempat ialah kuih kosui,kuih apam beras, kuih karipap, termosa dan lain-lain lagi.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

 

Puan Wan Normah merupakan seorang anak jati penduduk Kampung Bukit Ibam. Beliau seorang surirumah tangga yang mempunyai 3 orang cahayamata. Beliau membuat kerja sampingan sebagai tukang membuat pelbagai jenis kuih muih tradisonal. Beliau juga menjadi tarikan utama untuk penduduk setempat untuk mengambil tempahan kuih-muih untuk pelbagai majlis antaranya kenduri kendara, program di Pi serta di sekolah-sekolah di sekitar Kampung Bukit Ibam.

 

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

 

 

Selepas Puan Wan Normah menjadi ahli Pusat Internet Bukit Ibam, beliau sering berkunjung ke Pi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh kami. Setelah kami mendapat tahu yang beliau sedang menjalankan pelbagai jualan atau tempahan kuih-muih, kami terus mengajak beliau menghadiri kelas komputer yang telah kami sediakan untuk Usahawan Komuniti. Kami juga mengajak beliau untuk lebih aktif di Pi Bukit Ibam dan menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan sebagai platform untuk mempromosikan barang jualan.