USAHAWAN KEK & PASTRY |
NAMA :ZAIHASRA BINTI ZAINAL UMUR :45 tahun AHLI :11/08/2016 |
LATAR BELAKANG |
Puan Zaihasra berusia 45 tahun, anak sulung dari 3 beradik dan ibu kepada 6 orang anak ini merupakan anak jati kelahiran Kampung Bukit Ibam. Bentuk perniagaan yang beliau usahakan ialah Kek dan Pastry yang di beri nama Mieha Bakery.
|
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI |
Puan Zaihasra mula berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Beliau mewarisi bakat ibunya dalam perniagaan. Sejak di bangku sekolah rendah beliau sering membantu ibunya menjual kuih-muih di warung.Beliau mula mengorak langkah menceburi perniagaan kek dan pastry setelah mengikuti kursus jangka masa pendek yang dianjurkan oleh pihak Empower Ecer. Kursus yang diadakan selama 6 bulan itu telah membuat beliau menjadi lebih semangat dan serius dalam bidang ini. Beliau juga turut melibatkan diri dalam Pertubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
|
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI |
Selepas PI dibuka di kawasan beliau, beliau juga datang untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PI. Beliau juga berminat dan sering bertanyakan untuk mempelajari cara penggunaan internet (ICT) kepada kami. Beliau bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri.
|