mcmc
Persatuan Wanita

KUMPULAN MARHABAN NURUL NAJWA

 

AKTIVITI SOSIAL PENDUDUK KG. BUKIT IBAM

MARHABAN

Seni barzanji dan marhaban adalah termasuk dalam  seni suara warisan Islam. Ianya telah lama diamalkan oleh masyarakat Islam dalam majlis-majlis tertentu. Seni barzanji dan marhaban adalah rangkaian puisi tentang kisah Rasulullah s.a.w yang disampaikan dengan iramanya yang tersendiri. Amalan ini memberikan implikasi yang baik kepada penghayatan sirah Rasulullah s.a.w serta mampu memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.

Sudah menjadi lumrah bagi setengah penduduk kampung atau taman perumahan menggerakkan budaya marhaban ketika Syawal sebagai suatu daripada aktiviti merapatkan lagi hubungan silaturahim. Malah, aktiviti marhaban adalah suatu tradisi umat Islam dalam menyambut perayaan Aidilfitri itu melalui kunjungan secara rombongan dari rumah ke rumah dengan mengiramakan puji-pujian terhadap kebesaran Allah SWT dan baginda Rasulullah SAW.

KUMPULAN MARHABAN NURUL NAJWA

            Kumpulan Marhaban Nurul Najwa dari  Kg Bukit Ibam, telah ditubuhkan sejak tahun 2006 yang lalu, kini dianggotai 50 ahli dari kalangan penduduk Kampung tersebut. Kumpulan Marhaban ini, antara yang paling aktif kerana sering kali menerima jemputan daripada penduduk kampung itu. Menurut Ketua kumpulan itu Puan Salmah Bt Dasan, kumpulan itu ditubuhkan bagi mengisi masa dan sebagai satu aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan dan secara tidak langsung dapat mengukuhkan ikatan ukhwah sesama Islam dan juga di antara jiran tetangga

Penubuhan kumpulan Marhaban Nurul Najwa menerima sambutan baik penduduk kampung ituapabila sering kali menerima jemputan dalam majlis-majlis keramaian seperti pertunangan, perkahwinan, khatam Al-Quran, cukur jambul bayi dan aqiqah selain rumah terbuka Aidilfitri dengan aktiviti marhaban/berzanji, bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat. Katanya, pihaknya memberikan sokongan padu kepada Kumpulan Marhaban Nurul Najwa yang membantu menaikkan imej kampung itu.

Selain merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung, tujuan penubuhannya untuk menghidupkan budaya itu dalam kalangan masyarakat dan memberikan pendedahan kepada golongan muda. Mereka berharap kumpulan ini dapat terus kekal dengan aktiviti marhaban dan membimbing golongan muda menyertainya supaya kegiatan ini ada kesinambungan untuk masa akan datang.