PENGENALAN LOKASI / TEMPAT
MAKLUMAT KEDUDUKAN PETA – NEGERI PAHANG
*Peta Negeri Pahang
Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negeri Johor dan Negeri Terenganu.Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera.
Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.Dalam catatan sejarah pengembara zaman dahulu, pelbagai nama telah diberikan kepada Pahang.Daripada unsur Arab dan Eropah, Pahang pernah disebut sebagai ‘Pam’, ‘Pan’, ‘Paam’, ‘Paon’, ‘Phaan’, ‘Phang’, ‘Pahan’, ‘Phaun’ atau ‘Pahangh’. Dalam catatan Cina pula, mereka menyebut Pahang sebagai ‘Pan-Pan’, ‘Peng Keng’, ‘Peng-Feng’, ‘Pang Hang’ atau ‘Fong-Fong’. Dalam bahasa Khmer perkataan Pahang disebut ‘timah’. Dalam Hikayat Hang Tuah dan lain-lain catatan lama, Pahang dirujuk sebagai ‘Indera Pura’ dan ibu negerinya ialah Pekan.
Menurut cerita rakyat tempatan, asal usul nama Pahang diperolehi daripada nama sebatang pokok mahang yang amat besar, dikatakan tumbuh di tebing Sungai Pahang. Oleh kerana pokok itu amat besar sehingga nampak dari Laut China Selatan dan menjadi pedoman kepada lanun-lanun di laut untuk merompak penduduk negeri itu.Bagi tujuan keselamatan pemerintah Pahang ketika itu telah mengarahkan pokok itu ditebang. Akhirnya seramai tujuh orang batin Orang Asli telah sanggup untuk menebang pokok itu. Setelah pokok itu tumbang, ketujuh-tujuh orang batin tersebut meninggal dunia.
Menurut cerita, ketujuh-tujuh orang batin itu mengambil masa tujuh hari tujuh malam untuk menumbangkan pokok raksasa itu. Setelah tumbang, pangkal pokok mahang itu dikatakan dapat memuatkan sebanyak 40 hidangan. Daripada peristiwa itu, sungai yang mengalir berhampiran dengan pokok itu dinamakan Sungai Mahang dan negerinya pula dinamakan Mahang. Tetapi lama-kelamaan sebutan itu bertukar menjadi Pahang dan kekal sehingga hari ini.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu. Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang iaitu Pekan dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Kuala Lipis. Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.
SUMBER :
BENDERA DAN JATA NEGERI PAHANG
*Bendera Negeri Pahang
Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.
*Jata Negeri Pahang
Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah ” Ya La Tif ” bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan.” Ya La Tif ” juga dijadikan azimat yang berguna.
SUMBER :
MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA – DAERAH ROMPIN
*Peta Daerah Rompin
ASAL USUL ROMPIN
Daerah Rompin merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di Negeri Pahang, Malaysia.Ia adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara lokasi berdekatan ialah Endau, Mersing , Nenasi dan Kuantan.
Dikatakan pada satu ketika dahulu di daerah ini terdapat sebatang Pokok Ru. Pokok ru ini unik berbanding dengan pokok-pokok ru lain yang hidup melata disini kerana bentuknya yang ramping.Mengikut cerita ukurlilit pokok tersebut boleh memuat seramai 40 orang untuk makan bersama. Pada awalnya orang memanggil nama tempat ini sebagai rhu ramping, dan lama-kelamaan nama tempat ini berubah menjadi rumpin dan rompin.
PEJABAT DAERAH ROMPIN
*Bangunan Pejabat Daerah Rompin
*Logo Majlis Daerah Rompin
SUMBER : http://www.mdrompin.gov.my/ms/mdr/profil/logo
LATAR BELAKANG
*Pengenalan
Majlis Daerah Rompin adalah salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) di Negeri Pahang Darul Makmur yang di pertanggungjawabkan dengan bidang tugas yang mencukupi aspek-aspek kawalan perniagaan, penguatkuasaan, kawalan pembangunan, percukaian, kebersihan dan sebagainya.
*Latar Belakang Majlis Daerah Rompin
Majlis Daerah Rompin telah ditubuhkan pada 1hb.Julai 1988 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No. 501 bertarikh 14hb.Jun 1988 dengan keluasan pentadbiran 127.23 km persegi. Pada 1hb.November 2000 LKPT (DARA) telah dibubarkan. Ini menjadikan keluasan kawasan MDR yang baru adalah seluas 4,044.24 km persegi melalui pelan warta PW 3536 termasuk kawasan operasi iaitu kira-kira 353.056 km persegi berkuatkuasa 1hb.Januari 2002. Dengan pewartaan ini maka seluruh Daerah Rompin adalah dibawah pentadbiran Majlis Daerah Rompin. Perluasan kawasan adalah meliputi seluruh Daerah Rompin kecuali Pulau Tioman dan Hutan Simpan. Pulau Tioman diletakkan di bawah pentadbiran Lembaga Pembangunan Tioman (TDA). Jumlah penduduk mengikut bancian tahun 2000 ialah 101,877 orang.
*Kawasan Majlis Daerah Rompin
SUMBER : http://www.mdrompin.gov.my/ms/mdr/profil/latar-belakang
MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA – BUKIT IBAM
*Peta Bukit Ibam
Terletaknya Kampung Bukit Ibam yang berdekatan dengan Muadzam Shah. Tujuh kawasan induk yang ada di bawah penjagan kampung bukit ibam ialah kampung baru, kampung air molek, kampung langkap, kmapung jubau, kampung tanah runtuh, kampung ganuh, dan kampung chemomoi.
POPULASI PENDUDUK
BIL | MAKLUMAT |
JUMLAH PENDUDUK | 3262 ORANG |
JUMLAH KELUARGA | 673 ORANG |
BIL. PENDUDUK LELAKI | 1720 |
BIL. PENDUDUK PEREMPUAN | 1502 ORANG |
SUMBER : Profile kampung bukit ibam