PROGRAM : MENSYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI)
TARIKH : 20 JANUARI 2017
HARI : JUMAAT
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA BUKIT IBAM
Tujuan utama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan sebagaimana yang dinyatakan dalam Undang-Undang Seksyen 2 ialah
1)Mengadakan satu pertubuhan dengan tujuan membolehkan kaum perempuan dan anak gadis terutama mereka yang tinggal di kampung-kampung mengambil bahagian yang cergas dalam penghidupan dan kemajuan masyarakat bangsa.
2)Memberi peluang kepada kaum perempuan dan anak gadis bersatu dan berusaha bersama-sama menerusi Persatuan Perkumpulan Perempuan dan menjalankan apa juga pekerjaan yang menuju kepada kemajuan dan kebajikan, untuk kebaikan rumahtangga dan kebahagiaan jiran serta kemakmuran negeri.
3)Menggalakkan kecenderungan mendapatkan pengajaran dan latihan mengenai Pekerjaan Rumahtangga, Pekerjaan Tangan, Menjaga Kanak-Kanak, Kesihatan, Kebersihan, Perkebunan dan perkara-perkara yang mendatangkan faedah untuk pelajaran, pertukangan dan kebudayaan. 4)Mencari bakat yang tersembunyi, menggalakkan jimat cermat, gerakan bekerjasama, semnagat bertanggungjawab dan kebolehan untuk menjalankan kerja-kerja pertubuhan dan usaha usaha lain serta perkhidmatan ikhlas dan menggalakkan semangat memimpin.



























