mcmc
PRODUK TEMPATAN

KUIH TEMPATAN DI BUKIT IBAM

KUIH TEMPATAN DI BUKIT IBAM

KUIH TEMPATAN DI KAMPUNG BUKIT IBAM

KUIH BAHULU TRADISI MASYARAKAT MALAYSIA

Kuih Bahulu sememangnya kuih tradisi orang Melayu yang telah lama mendapat tempat di hati setiap penduduk di Kampung Bukit Ibam.Kuih Bahulu kebiasaannya kelihatan di rumah-rumah kenduri.Kuih ini dihidang kepada tetamu yang hadir atau dibungkus ke dalam plastik dan diberikan kepada tetamu ketika mereka menghadiri majlis tersebut.

Segelintir masyarakat di kampung Bukit Ibam mewajibkan Kuih Bahulu ketika tibanya musim perayaan dek kerana rasanya yang sedap.Selain majlis perkhawinan dan musim perayaan Kuih Bahulu juga dibuat santapan untuk minum petang dan dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah kita.

Kuih Bahulu ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk misalnya bentuk ikan.Perkara ini secara tidak langsung menarik minat golongan kanak-kanak untuk menggemari kuih ini.Bahan-bahan untuk membuat kuih ini juga amatlah mudah untuk didapati dan sangatlah asas seperti tepung gandum,telur dan gula.

Apa yang menarik mengenai kuih ini ialah teknik pembakarannya.Teknik tradisi yang diamalkn oleh masyarakat Melayu untuk membakar kuih Bahulu ialah meggunakan bara api.Kuih Bahulu akan  dibakar menggunakan bara api untuk mendapatkan aroma yang cukup menyelerakan.

 

PEMBUNGKUSAN YANG SESUAI UNTUK KUIH TEMPATAN

Pembungkusan kuih yang sesuai dapat memudahkan kuih dibekal, memelihara rupa dan kesegaran kuih serta memastikan aspek kebersihan diutamakan.

Kuih tempatan perlu dibungkus dengan baik apabila dijadikan bekalan untuk dibawa ke tempat lain, sebagai hadiah untuk diberikan kepada orang lain atau penjual.

Melalui pembungkusan, kuih juga terlindung daripada kekotoran dan memudahkan penyimpanannya.

Pemilihan jenis pembungkusan dipengaruhi oleh tekstur kuih sama ada keras atau lembut, berminyak atau lembab.

UNTUK TEMPAHAN

NAMA :

D’MARDIANA BAHULU GEBUS

ALAMAT:

 

NO TELEFON

019 – 937 5707 / 019 – 911 4689

INFO :

Tempahan untuk pelbagai majlis perkahwinan, aqiqah, & musim perajaan di sekitar daerah rompin. Harga berpatutan, sedap, bersih & halal. Muslim Produk.

Gambar produk :