Sejarah Kampung Bukit Ibam
Bermula dalam tahun 1940 an, asal usul kampung ini dijumpai oleh seorang asli suku semelai benama Leman. Menurut ceritanya, semasa beliau mencari rotan di dalam hutan, beliau menjumpai seketul batu, dan kemudian batu tersebut diberikannya kepada sahabatnya iaitu Sidek. Sidek kemudiannya membawa batu itu kepada Pengurus Syarikat “EASTERN MINING & METAL COMPANY ( EMMC0 ), Seorang orang Inggeris di Batu Besi, Dungun Terenganu. Pihak syarikat ini, kemudiannya menghantar beberapa orang penyelidik untuk menjalankan kajian. Dan mendapati kawasan ini potensi yang baik untuk menjalankan kegiatan melombong bijih besi. Syarikat ini telah berunding dengan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan pajakan galian.
Pada 12hb Jun 1957, pajakan galian diluluskankepada ayrikat EMMCO, selanjutnya pihak syarikat ini telah menubuhkan anak syarikat bernama ” ROMPIN MINING COMPANY ( ROMPINCO ) untuk mengusahakan lombong tersebut. Untuk mengenangkan jasa Leman dan sahabatnya Sidek, pihak tersebut bercadang membayar saguhati berjumlah RM 100.00 sebulan kepada mereka. Dari masa kemasa Leman dan Sidek mendapati bahawa saguhati tersebut terlalu rendah dan dia telah meminta supaya jumlah saguhati tersebut dinaikkan. Walau bagaimanpun, syarikat perlombongan tersebut, berpendapat bahawa tuntutan tersebut tidak boleh dipertimbangan, untuk mengelakkan syarikat perlombongan ini telah mengubah nama tempat ini ( tempat yang dijumpai ) menjadi ” BUKIT IBAM ” suatu nama baru dalam sejarah tanah air.
Perlombongan bijih besi di Bukit Ibam dipercayai bermula selepas negara mencapai kemerdekaan. Bukit Ibam merupakan antara pengeluar bijih timah yang terbesar di Asia suatu ketika dulu. Pelbagai cerita mengaitkan asal usul kewujudan di sebalik nama Bukit Ibam ini. Dikatakan suatu ketika dahulu, seorang Tok Batin yang dikenali nama Ibang sering ke Bandar Rompin. Pada suatu hari, beliau telah bertemu dengan Sir Robinson yang kebetulan sedang meninjau perkembangan bijih besi di Dungun. Beliau kemudiannya membawa Sir Robinson berjalan-jalan di sekitar Mukim Keratong sehinggalah dia terlihat pemandangan bukit-bukau.
Sir Robinson lalu bertanyakan kepada Ibang nama bukit tersebut, Ibang hanya menggeleng kerana dia tidak mengetahui nama bukit tersebut. Sir Robinson kemudiannya berkata ” I Bought A Mountain “. Lama- kelamaan nama bukit tersebut menjadi Bukit Ibam singkatan dari ungkapan ” I Bought A Mountain ” tadi. Pada tahun 1994, Sir Robinson mula menerokai perlombongan bijih besi di Bukit Ibam. Beliau telah menjadikan syarikatnya iaitu Rompin Mining Co. sebagai salah satu syarikat pengeluar bijih besi terbesar ketika itu.
SUMBER : KETUA KAMPUNG, BUKIT IBAM