PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT IBAM
Sejak Lombong Bijik Besi dibuka di Bukit Ibam, pentadbiran Bukit Ibam dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat Inggeris (ROMPINCO). Pihak syarikat telah mendirikan dua buah sekolah di kawasan ini pada tahun 1961 iaitu:
- Sekolah Inggeris Bukit Ibam (di tapak S.K Bukit Ibam sekarang)
- Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam (di tapak perpusatakaan Siber Bukit Ibam sekarang)
PERKEMBANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT IBAM
Pada 16 November 1970, Perdana Menteri Malaysia, Tun Haji Abdul Razak telah berkenan untk melawat Bukit Ibam. Dalam ucapannya kepada penduduk Bukit Ibam, Tun telah menyatakan bahawa Bukit Ibam tidak akan dibiarkan mati sebaliknya akan dijadkan sejarah nadi bagi rancangan pembanggunan tanah raksasa Pahang Tenggara. Pentadbiran Bukit Ibam telah diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang pada 3.2.1971. Pentadbiran Bukit Ibam diuruskan oleh Syarikat Ibam Sdn. Bhd. Yang mana akhirnya pada 1.9.1972 Bukit Ibam diletakkan di bawah Pentadbiran DARA ( Lembaga kemajuan Pahang Tenggara) Dengan pentadbiran baru ini ( Syarikat Ibam Sdn Bhd ) maka pendidikan kanak-kanak mula diberi perhatian semula. Akhirnya pada 15.7.1971, Sekolah Kebangsaan Bukit Ibamdiwujudkan semula dengan menggunakan Banggunan Sekolah Inggeris Bukit Ibam, iaitu Tapak SK. Bukit Ibam sekarang. 10 orang guru ditugaskan oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk mengajar dan mentadbir sekolah ini. Mereka diketuai oleh En. Syed Abd Rahman bin Syed Ishak ( Guru Besar ), Pn. Kesum Lilee bt Mohd Din ( Guru Penolong Kanan ) dan 8 orang guru penolong termasuk Guru Agama. Bilangan murid yang bersekolah ketika itu hanya 11 orang terdiri dari :
KELAS | LELAKI | PEREMPUAN |
DARJAH 1 | 1 | 1 |
DARJAH 2 | 1 | 3 |
DARJAH 3 | 1 | – |
DARJAH 4 | – | 2 |
DARJAH 5 | 1 | 1 |
JUMLAH | 4 | 7 |